Friday, August 5, 2011

SALAM RAMADHAN KEPADA PENGEMAR PTT

Dah lama tak update blog PTT ni. Untuk pengetahuan semua, aku dah lama pencen dalam bidang PTT ni disebabkan tak dapat nak handle banyak blog. Namun aku tengok sambutan orang ramai terhadap PTT masih macam dulu gak tetap hangat. Jadi disini  aku ingin tawarkan kepada sesiapa nak berjual kat blog nie, terutama yang berkaitan PTT bagitahu aku. Nanti aku cuba tolong sebar-sebarkan kat blog ini.

Pengiklanan barangan korang boleh dilakukan kat dalam blog ini sekiranya korang berminat tapi dengan syarat jangan main kencing. Kepada pembeli pulak aku sekadar mengiklankan barangan orang tanpa berjumpa dengan mereka. Kesemua urusan adalah antara pembeli dan penjual dan aku tidak mengambil keuntungan darinya. Jadi disini aku sertakan syarat-syarat mudah sekiranya korang nak jual barang korang kat blog ini.

1. Serta gambar barangan yang hendak dijual.
2. Tinggalkan nombor tel yang hendak dihubungi.

3. Berniaga secara ikhlas tanpa ada penipuan. Sekira terdapat penipuan itu adalah antara pembeli dengan penjual dan tidak melibatkan aku sebab aku sekadar mengiklan untuk sesiapa yang ingin berurusniaga sahaja. Seeloknya berniagalah dengan cara berhemah.

Jadi sesiapa yang nak berniaga barangan tuh, jangan segan kontek aku melalui talipon mahupun melalui email di armli03@gmail.com . Diharap ia dapat membantu para pengemar-pengemar PTT di Malaysia...Ojerr Oberrrrr..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails